MELODI KASIH ALLY... kisah sempoi membawa lara, menumpang kasih..

Melodi Kasih Ally...

Rabu, 20 Oktober 2021

4 Kawanku

 

Suatu waktu..
Semasa hari itu
Sepanjang jalan dilalu
Sepi tidak bertamu

Bue memandu laju
Boe matanya tertuju
Berlagu Nirwana oleh Zul
Bul tersenguk sebelahku

Rakanku มืดและหล่อ ชนิด Cameraman
Rakanku Bul Soundman
Rakanku Mohd Nazri Md Nor Lightingman
Rakanku Zul Gentleman

Kamu rakan yang ikhlas
Kamu hadir tak berbalas
Kamu mewarnai era bebas
kamu memberi kesan jelas

Tinggal dalam stor bersama Bul
Tertawan dengan kesopanan Bue
Teruja dengan tingkah laku Zul
Terkesan dengan pelajaran Boe

Bul mengasuh VIP Langkawi
Bue seperti dulu lagi
Barang kali Zul mencari
Boe pulang dijemput Ilahi

Waktu itu telah pergi
Walau impian masih tinggi
Warna hidup ibarat pelangi
Wayang hidup terus berlari



Faizil My : Oktober 19 / 2021


Sabtu, 2 Oktober 2021

 Di Meja Pejabatku


Guru bertanya bila besar mau jadi apa ?

lalu ku jawab mahu jadi presiden, guruku diam tak berkata 

sebenarnya aku terlalu budak tidak mengerti hal bernegara

aku terpesona Abrahan Lincoln 6 kali tewas dan presiden akhirnya jadi nyata..

Ada rakan bertanya kalau ke universiti kau mau belajar apa

lalu ku jawab sains politik yang ku damba

akhirnya aku terjerumus bermacam macam kerja 

kemudian jadi anak seni sebelum singgah ke politik pula

Ada bertanya lagi, apa kau ada

lalu ku jawab seni ku tak kemana, politik ku jadi reda

aku lihat gelagat manusia aku bersama hipokrasi berbeda

lantas ku rasa arus deras menghambat diri ke sebuah meja

Ada bendera negaraku ada juga satu negara

kerajaan kecil tanpa pengiktirafan dunia

kebebasan terus kekal dengan keriangan dan merdeka

aku juga mengagumi kecekalan dan bersama mereka

Aku tanyakan diriku juga

apa aku cari lagi, yang seronok, yang indah ku sudah biasa

aku bisa saja berlari lagi kudratku masih ada

namun aku memilih untuk menikmati, hanya melihat sahaja

Dari meja kecil pejabat peribadiku, aku lihat, aku rasa

apa yang kucari bukan dihadapan, bukan disisi namum dibelakang sana

aku hanya perlu mencari bahagian diakhirat adalah yang selesa

IInsya Allah dunia akan mendapatkan andai cintaku pada yang esa


Faizil My 2 October 21