MELODI KASIH ALLY... kisah sempoi membawa lara, menumpang kasih..

Melodi Kasih Ally...

Rabu, 20 Oktober 2021

4 Kawanku

 

Suatu waktu..
Semasa hari itu
Sepanjang jalan dilalu
Sepi tidak bertamu

Bue memandu laju
Boe matanya tertuju
Berlagu Nirwana oleh Zul
Bul tersenguk sebelahku

Rakanku มืดและหล่อ ชนิด Cameraman
Rakanku Bul Soundman
Rakanku Mohd Nazri Md Nor Lightingman
Rakanku Zul Gentleman

Kamu rakan yang ikhlas
Kamu hadir tak berbalas
Kamu mewarnai era bebas
kamu memberi kesan jelas

Tinggal dalam stor bersama Bul
Tertawan dengan kesopanan Bue
Teruja dengan tingkah laku Zul
Terkesan dengan pelajaran Boe

Bul mengasuh VIP Langkawi
Bue seperti dulu lagi
Barang kali Zul mencari
Boe pulang dijemput Ilahi

Waktu itu telah pergi
Walau impian masih tinggi
Warna hidup ibarat pelangi
Wayang hidup terus berlari



Faizil My : Oktober 19 / 2021


Tiada ulasan:

Catat Ulasan